YBhg. Tan Sri/Datin Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan

Warga UiTM Shah Alam/Fakulti/Kampus Cawangan

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM IBADAH KORBAN ANJURAN PUSAT JARINGAN INDUSTRI, KOMUNITI, ALUMNI (ICAN) DI KG. GOL DAN KG. PAGI DAERAH JERANTUT, PAHANG.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Jaringan Komuniti (CNC), Pejabat Jaringan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan dengan kerjasama komuniti Kg. Gol dan Kg. Pagi di Daerah Jerantut akan menganjurkan Ibadah Korban pada 12 Zulhijah 1440H bersamaan 13 Ogos 2019.

Harga untuk satu bahagian lembu di lokasi terpilih adalah RM 650.00 (Ringgit Malaysia : Enam Ratus Lima Puluh).

Kepada yang berminat untuk menyertai ibadah korban ini bolehlah membuat bayaran penyertaan ke Akaun No. 105140003422 Perwira Affin Bank atas Nama “Bendahari UiTM” dan melengkapkan borang penyertaan seperti dilampiran berserta penyata slip bayaran.

Sekian, terima kasih

Urusetia
Majis Ibadah Korban Korban Bersama Komuniti
Pusat Jaringan Komuniti
Pejabat Jaringan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (ICAEN)

Borang Penyertaan Ibadah Korban 1440H (2019) - Word
Borang Penyertaan Ibadah Korban 1440H (2019) - PDF